Apa Itu Jerawat ? VS Meeracle - Nana Meeracle

Tuesday, March 10, 2020

Apa Itu Jerawat ? VS Meeracle


APA ITU JERAWAT
https://ohmeeracle.blogspot.com/2020/03/nana-meeracle.html

Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)

Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.



Apakah punca biasa jerawat?

Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.

Tambahan lagi, Pori-pori kulit anda mempunyai kelenjar minyak yang menghasilkan sejenis minyak dipanggil sebum. Sebum melembapkan dan melembutkan kulit, selain bertindak sebagai satu lapisan pelindung kulit. Punca utama jerawat ialah apabila kelenjar minyak anda menghasilkan sebum secara berlebihan. Minyak berlebihan ini menyumbat pori-pori dan sejenis bakteria, dipanggil P. Acnes, akan membiak di dalam folikel liang roma anda



Rawatan jerawat menggunakan DUA PRODUK MEERACLE CLEANSER DAN SERUM
 https://ohmeeracle.blogspot.com/2020/03/meeracle-gemstone-facial-serum.html




No comments:

Post a Comment