Awas !! Produk Tiruan Meeracle - Nana Meeracle

Monday, March 16, 2020

Awas !! Produk Tiruan Meeracle



TERDAPAT PRODUK TIRUAN MEERACLE DI PASARAN


https://ohmeeracle.blogspot.com/2020/03/nana-meeracle.html


Segelintir peniaga memilih jalan singkat dengan menjual produk Meeracle tiruan untuk memperoleh keuntungan mudah.
Umum mengetahui, permintaan terhadap barangan berkenaan sangat tinggi di negara ini dan jelas ‘kegilaan’ orang ramai terhadap kosmetik diambil kesempatan oleh peniaga tidak bertanggungjawab ini.




Apa yang membimbangkan, ramai penggemar produk kosmetik menjadi mangsa penipuan produk tiruan dengan cara mengaburi mata pembeli lebih-lebih lagi apabila ia dijual pada harga lebih rendah. Bagaimanapun, lebih menggusarkan produk tiruan itu tidak sahaja berkualiti rendah malah berkemungkinan memberi kesan sampingan yang buruk kepada penggunanya disebabkan tiada kawalan terhadap ramuan yang digunakan dalam menghasilkan produk tiruan itu.
Lebih dikhuatiri adalah kemungkinan produk mengandungi campuran formula rahsia dengan kandungan kimia berbahaya yang bukan saja merosakkan kulit sekaligus organ dalaman manusia secara perlahan-lahan.

Produk Meeracle tiruan boleh diibaratkan seperti bom jangka yang boleh meragut kecantikan dan nyawa terutama wanita di negara ini jika penggunaannya digunakan secara meluas dan kerap.
Ramai yang tahu mengenai fakta ini tetapi tidak takut untuk mencuba walaupun pernah membaca kes masalah kesihatan akibat produk tiruan menerusi media massa.
Mungkin cara promosi penjual dengan menyatakan ‘barangan asli tetapi kualiti berbeza’ atau ‘barangan asli, harga rendah’ antara ‘modal’ popular digunakan penjual yang berjaya meyakinkan pengguna.
Ditambah lagi dengan ketiadaan kesan sampingan yang jelas membuatkan orang ramai leka menggunakan produk Meeracle tiruan tanpa rasa bersalah dan takut.
















BELILAH PRODUK ORIGINAL MEERACLE DARI PENJUAL YANG SAH
https://ohmeeracle.blogspot.com/2020/03/cara-membuat-pembelian.html




ISU PRODUK MEERACLE DI BRUNEI TIRUAN
Berkenaan dengan isu MEERACLE serum di Brunei, setelah diteliti kenyataan akhbar yang dikeluarkan , didapati produk ( meeracle serum ) yg diuji oleh pihak Ministry of health ( brunei ) sangat diragui ketulenannya. Terdapat beberapa faktor yg perlu diambil kira antaranya , sampel produk yang diambil itu kemungkinan telah disabotaj atau tiruan.

PRODUK  MEERACLE
  •  Mengikut syarat yg ditetapkan oleh pihak NPRA ( National Pharmaceutical Regulatory Agency ) Malaysia ,setiap produk kosmetik perlu mendapatkan notifikasi daripada KKM ( KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
  • Produk MEERACLE serum telah pun diuji dimakmal-makmal yang diiktiraf . Antaranya melalui kajian makmal di BIO SYNERGY LABORATORIES ( http://www.biosynergy.com.my ) , salah satu makmal yg telah disenaraikan dalam senarai makmal yang mematuhi keperluan piawaian NPRA dalam pengujian produk. BIO SYNERGY LABORATORIES beroperasi selama 16 tahun di dalam kajian labotari, mempunyai chemist yg berpengalaman dan diiktiraf di dalam bidang analisis labotari berkualiti tinggi, serta telah mendapat persijilan MS ISO / IEC 17025 sejak dari tahun 2016.
  • Selain itu, produk Meeracle serum juga telah diuji di Singapura iaitu di SGS ( https://www.sgs.sg/en/our-company/about-sgs/sgs-in-brief )SGS adalah satu badan atau syarikat yg menjadi peneraju utama dunia sejak dari tahun 1879 di dalam bidang inspection , verifikasi ,ujikaji dan persijilan dan mempunyai 94,000 pekerja dan 2600 pejabat dan makmal di seluruh dunia, dan hasil kajian dari makmal SGS tentang MEERACLE serum menunjukkan ND ( not detected ) bahan terlarang dan tercemar.

Kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Meeracle berkenaan isu tersebut



 
 

No comments:

Post a Comment