Adalah objek bulat, keras yang dihasilkan oleh sesetengah haiwan, terutamanya moluska.
Mutiara digunakan oleh kaum wanita sebagai perhiasan diri. Ia melengkapi aksesori seperti cincin, rantai, mahkota, serta gelang.
Mutiara didapati dari dalam spesies hidupan laut iaitu tiram. Adakah tiram menggunakan mutiara untuk menarik minat tiram lain? Jawapannya ialah tidak. Mutiara sebenarnya bertindak sebagai alat untuk mempertahankan diri.
Jika ada benda asing yang cuba menghampirinya, tiram akan melindungi diri dengan satu lapisan yang ia keluarkan. Lapisan itu bersatu membentuk objek sfera iaitu mutiara. Jadi, haiwan-haiwan yang mengancam keselamatan tiram akan takut dengan kewujudan mutiara!. Walau bagaimanapun, bagi manusia, ia menjadi objek buruan. Ini kerana mutiara sangat cantik dan mempunyai nilai harga yang tinggi.
Abalone
adalah siput laut bersaiz sederhana sehingga ke sangat besar, ia merupakan moluska laut gastropod dalam famili Haliotidae dan genus Haliotis. Terdapat hanya satu genus dalam keluarga Haliotidae itu, dan kira-kira empat ke tujuh subgenus. Jumlah spesies diiktiraf di seluruh dunia adalah kira-kira 100 spesies
Mungkin anda biasa dengar tentang abalone tapi tidak tahu terperinci tentang hidupan laut ini. Ia tidak sama seperti tiram, Harganya boleh mencecah ratusan ringgit hanya untuk satu abalone bukan ikut kilogram. Ia hidup di laut dalam dan persisiran batuan sekitar lautan sejuk korea, Jepun, New Zealand, Australia, Afrika Selatan dan sebelah utara Amerika Utara.
Abalone merupakan salah satu makanan laut yang berguna untuk mengekalkan keindahan tubuh.Khususnya, penggunaan daging abalone, kaya dengan bahan berfaedah, menjadikan kulit licin dan lembut, serta juga menghalang penampilan kedutan awal dan yang berkaitan dengan usia.
Cangkerang bagi abalon mempunyai:
- Satu struktur pilin rendah dan terbuka
- Disifatkan mempunyai lubang pernafasan dalam satu baris berhampiran pinggir luar kulit kerang.
- Lapisan dalam yang tebal bagi cangkerang terdiri daripada nakre atau gewang,
- Kebanyakan spesiesnya adalah berwarna-warni,
Kaitan Abalone Pearl dengan Meeracle
Abalone Pearl dari Korea ini merupakan salah satu bahan istimewa yang digunakan dalam produk meeracle. Ianya juga dinobatkan sebagai batu permata tercantik di dunia.
Abalone Pearl ni juga boleh:
-> Membantu untuk memberikan glowing effect dekat muka anda.
-> Melambatkan proses penuaan
-> Membaik pulih parut dan kerosakan kulit daripada cahaya matahari
Abalone Pearl terdapat dalam produk meeracle Under The Sea iaitu Meeracle Toner Under The Sea dan Meeracle Moisturizer Under The Sea
Kenapa nama untuk Toner, Moisturizer & Scrub dari Meeracle ni ‘Under The Sea’?
Fakta Lautan merangkumi kira-kira 70% bumi dan hanya kurang daripada 5% telah diterokai manusia. Kami percaya bahawa kurang berlaku pencemaran yg teruk di lautan berbanding di darat, di mana ia mempunyai pelbagai kelebihan yg tersembunyi dan mineral yg berkhasiat.
Bahan2 Meeracle Under The Sea diperbuat daripada kehidupan marin yg istimewa. Pastinya berlainan drpd yg ada di pasaran luar.
PRODUK MEERACLE UNDER THE SEA
No comments:
Post a Comment